Okay okay okay , aku taw korunk tgh tunggu aku punya post tentang bgaimana peritnya apabila di denda pusing padang 22 round akibat telah memontengkan diri pada Kejohanan Merentas Desa sabtu ritu .
wahaha ! pagi td sapa yg tak mai merentas desa kena tunggu kt perhimpunan .
derr , ramai kot . setiap kelas pasti ada wakilnya . then kitorang memang tak takot sgt la . paling2 pun dimerit je kan , aku memang suka dpt kertas wana pink tuu . kena berleter kejap . then , ingt memang bole blah dh la lepas tu ! tetiba ada sowunk cegu ni dgn muka 'comelnya' suroh kitaorg pusing padang 22 kali di padang sekolah . pheww , dgq2 tu . memang suma pakat mula aktiviti membuat dosa kering ah . mencarut berbakul bakul . termasukla aku yg baek ney :) berjalan la kitorang smbil mulot tidak henti henti melafazkan kata2 carutan dekat cekgu tu . smbil menyimpan niat di hati nak kasi pecah keta dia , nak masukkan racun tikus dalam air teh dia , dan sbgainya . haha ! agak kejam . okay itu niat semata mata . buat idak jugaaa . hehe :)
pusing punya pusing smpai la 9 round , cegu tu ckp denda ditukar kepada mengemas library . so smua dikerah ke library . wuuu . cam gampang je en ? memang aku suka jd bibik kat library tu , and memang mak aku hantaq aku pi sekolah suroh tlg cegu kemas library ! hati memberontak tpi tetap susun jugak segala buku , then tempoh denda tamat . gembiranya kitorang umpama hamba yg telah dimerdekakan . hahaha :D
balik2 kelas kena pulak berdiri . wuuu , meleleh air mata aku akibat terlalu penat ! kaki ni jgn ckp la kalow dia bole ckp silap2 dia pun mncarut gamaknya akibat sakit sgt , HAHA
so conclusionnya : jgn la pernah berani memonteng merentas desa lg .