Thursday, November 15, 2012

Tips untuk melupakan pasangan anda


Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.
Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah ni, Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu tu.
Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.
Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agak jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda. daripada nk lupa. terus terkenang-kenang.
Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.
Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .
Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak. huhu, zaman skrang bukan boleh sgt
Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 aku rasa takyah laa buang hadiah tu. bg aku pun berbaloi jugak. hee ;)
Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Okay, sejak dua menjak ni. entry aku mmg taknak kalah. tips bagai. mmg pakar motivasi terhebat lah aku ni. hehe. tetiba rasa best jugak sbnarnya kongsi2 tips ni kann. so kepada yg tgh cuba nk lupakan pasangan dia tu. I wish you guys a best of luck. Ingat, jgn anggap kegagalan dlm percintaan ni sbg pemusnah hidup anda tapi anggap dugaan ini adalah dugaan yg Allah hadiahkan buat hamba yg Dia sayangi.